Happy 3rd anniversary Arsyad .Aku doakan semoga kita kekal sampai bila bila Eh . Hmmmm . Kalaulah sekarang masih kita bernama pasangan .Tulah ungkapan yang akan kita bualkan . kan . Esok genap kita 3 tahun kan ? Hahhhhh~ Semakin dekat tarikh tu , semakin sebak hati ni . Tah kenapa aku pun tak pasti . Aku rasa aku dah lupakan semua . Mungkin sebab tarikh harini sangat bermakna suatu masa dulu . Tu jadi macam ni kan . Hahahahah .
Nak aku coretkan . Kenangan 2013 . Mana tahun yang paling aku rasa paling banyak dugaan , banyak cabaran , banyak kisah hitam . Ye , terlalu banyak kisah hitam . . Tujuan bila nanti aku tua aku tengok balik , aku tak lupa diri masa jatuh . . . Dan . . . Kalau diberi peluang untuk ulang kembali masa lalu . . . 2013 tahun yang takkan terlintas dalam fikiran aku . . . .
Sekarang , biar gambar ceritakan semua . Kisah yang aku lalu sepanjang . Sedikit senyuman . Sedikit tangisan . Sedikit penderitaan . Sedikit kebahagiaan .

Dulu . Kita suka sangat . Takda kerja carik kerja . Semua jadi . Kau buat ni . Beria masa tu kan . hahaha . Tak sangka . Semua palsu .

Ingat tak malam tu . Kau aku . Tak berhenti tangkap gambar . Kita duduk bawah bulan terang . Kita gelak sakan . Kita cerita pasal masa depan kita . Kita reka cerita kita sendiri . Kuat angan-2 kita kan .

Kau bagus . Kau boleh terima family aku . Kau hormat family aku . Sebab tu semua suka kau . Kau bagus . Cumaaaa . Takpelah . Terima kasih . Untuk kenangan yang pernah kau ukir dulu . .

Kalau masa ni aku tahu semua ni akan berakhir . . . Aku dah mula rasa sebak . . . Sebab detik hitam tu , kenangan hitam tu . . . Dah dekat . hmmm . Patut aku teruskan ke ? Kalau aku berhenti pun menaip sampai sini pun , realitinya tetap berjalan . . .

Masalah aku . Masalah kau . Kita sama-2 selesaikan . Kau banyak tolong aku . Cuma satu . Kita tersilap . Tak patut kita kongkong hidup masing-2 . Aku ingat lagi , aku dah cakap . Biar susah senang kita sama-2 . Jangan risau aku tak lari bila kau jatuh . Aku sambut kau . Even kau rasa kebanyakan benda aku lebih , tak pernah aku keciklan kau . . . .
Terasa rabak . Sesungguhnya disebalik senyuman yang terukir ada penderitaan , ada dendam , ada rasa bersalah , ada perasaan yang berbelah bagi . Bercampur baur . Harap tak salah menilai gambar . Kalaulah gambar boleh menggambarkan isi hati . Aku pasti . Gelap gelita gambar ni .
Kan aku dah kata ada hikmah amik lesen . Masa ni ayah sakit . Hmmm aku betul-2 first time bawak kereta dekat KL . Kau tahu . Berapa kali kereta mati . Berapa kali kena hon . Teringat aku . Betapa kelam kabut . Sediakan itu ini . Kesana sini . Semua aku ingat . Tak sanggup aku biarkan macam tu je .

Ni pun kenangan terindah dalam tahun 2013 . Jumpa diorang . Lepas . Gelak-2 . Arghhh . Rindu sangat zaman sekolah .
Gambar terakhir kira . Last kita jumpa . 13 MEI 2013 . Ingat lagi masa ni hentian pwtc . Macam biasa . Setiap kali aku balik Kemaman , kau setia teman sampai hilang batang hidung aku , baru kau blahhh kan . Hahaha . Memang setiap kali balik . Kau ada . Setia tunggu aku . Kadang-2 kita redah hujan sama-2 . Terik sama-2 semata-mata nak hantar aku . Terima kasih .
Lepas tu , Bulan 6 pun tiba . Bulan 6 . Bulan paling aku terasa sakit . Terasa semua hilang . Terasa macam takde sebab untuk aku teruskan semua . Aku terpaksa simpan rahsia . Terlalu perit tapi siapa aku nak membantah. Yang niat aku nak jaga keamanan . Tak nak mana-3 hati terluka . mana akhirnya . . . Aku dipersalahkan . Aku dituduh sama-2 bersekongkong . Perit sungguh . Lain niat dihati . Lain ditafsirkan . Sungguh terasa rabak-2 masa tu .
Final exam dah nak dekat , dengan masalah yang datang aku cuba bertahan . . . Kau pula menghilang . Mana silap aku , kenapa kau hilang . Mana janji yang bila aku sakit bila aku jatuh kau akan ada kat sisi aku . . . Kenapa kau hilang . Kau tahu betapa aku perlukan kau saat tu .. aku ingat . . siang malam . . aku cuma mampu menangis . terlalu lemah aku masa tu . . Sampai ibu kawan susah hati . . . Memang kita patut berpisah . Tapi bukan dengan cara menghilang macam tu . . .
Malam yang esoknya ada first paper . Malam yang tengah aku study last minit , bertungkus lumus dengan hati parah . . . kadang-2 menitis air mata . . aku dapat panggilan dari ibu . . Ya Allah , cuma mampu menangis . .. Aku dapat berita , arwah atok meninggal di Madinah semasa menunaikan umrah . Yang Allah , , , Kenapa kena malam tu . . . Kenapa semua masalah himpit aku dalam masa yang sama . Aku terus lari keluar rumah . Duduk tepi dinding . Tersandar . . . . Terfikir kenapa semua perlu jadi dalam masa sama . . .
Aku jadi orang tengah . Aku dipersalahkan . Aku hilang kau . Aku hilang tempat aku nak mengadu . Aku hilang pemberi semangat pembangkit semangat bila aku jatuh . Teringat aku betapa masa tu aku berharap kau kembali . Masa tu betul2 aku tak faham . Kenapa semua tinggalkan aku . . . . . Tapi takpe . Tinggal berapa hari lagi kat Kemaman . Aku kena kuat sampai hari terakhir dekat Kemaman . . . Tolak tepi dulu semua yang sedih . Patut aku bagi kebahagiaan kat diri sendiri . . .

Okay , ni masa last bbq dengan kawan-2 dekat sungai chemerong . Best gilaaaaa .

Dip in Maritime Management . Intake July 2011 . Rindu sangat :)

Ni paling best . Aku rasa presentation yang paling berjaya . Hahah dengan blezer nya . Dengan air-2 semua . Huaaaa . First time confidence sangat masa present taw . Even sebenarnya ketaq-2 tangan . Paling suka team ni . Seriouly , rindu sangat kat depa . :'(

masa ni lah , aku ajak aina pegi pantai chendor . dengan harapan tersempak dengan kau . sebab masa tu kau bercuti dengan kawan-2 kau kat sana . Harapan aku , kau jenguk aku . Tapi sikit pun tak . . . Naik moto mata aku melilau sana sini . Itu aku kata kita dekat tapi . . . .Hmmmm .

Dalam masa aku sedih , terasa hati patah rabak , dia ni . . . buat aku happy . Tersenyum . Terima kasih Acap . Terima kasih sudi bawak aku jalan-2 terima kasih sebab masa last-2 sisa hidup kat Kemaman kau buat aku tersenyum balik .Kau buat aku lupa duka aku seketika masa tu . Kau kawan yang baik :)

Ni malam kedua kau ada dekat dengan aku sepanjang kau holiday dengan kawan-2 kau . Aku tunggu , kalau-2 kau datang jenguk aku kat hostel , kalau-2 kau pelawa aku ajak keluar makan sama . Tapi tak aku silap . Sebaliknya , dia ni yang bersusah payah . Iwan , terima kasih jugak saya ucapkan dekat awak . Betul-2 saya sebak bila fikir orang yang sepatutnya hargai saya tak ada . Tapi awak pulak yang bersusah payah . Terkejut betul masa dia amik dekat hostel . Masuk kereta ada mama dia sekali . Terima kasih sangat untuk kenangan tu Iwan ;') saya doakan , awak bahagia sampai bila-2 dengan dia . Kan dah kata , kalau awak buka pintu hati tu tak mustahil akan ada pengganti kan :)

first time jejak kampung nelayan . Huarghhhh . Aku jatuh cinta ! Cantik dan indah sungguh ciptaan Allah . Kali ni dah start . Kitorang habiskan sisa-2 hidup kat Kemaman dengan berjalan selagi mampu . Exam tolak tepi dulu . Gara-2 tak nak lepaskan peluang ni . Hahaha . Ni lah roomate aku . Aina n farah :)
Tercapai jugak hajat nak jejak bukit perwaja buat kali terakhir kan . Oh ye , bukit perwaja ni bebetul belakang hostel kitorang . Cuma kena daki-2 . Bernasib baik tak kena kejar PIG . hahaha . Atas tu , wowww . Laut luas terbentang bila turun terus kau ke pantai . Pssss! Perasan tak masa ni kurus lagi tawww hahahaha :)
.jpg)
Ni pulak masa befday . 18.6.2013 . Terus terang . Masa ni aku tunggu kau . Masa ni hari ke 5 kau hilangkan diri . Aku ingat kau akan muncul . Malam tu , aku tengok video 18.6.2012 . Kau cakap macam ni 'b janji lepas ni setiap kali befday ke anniversary ke , b akan pastikan b ada kat sisi awk' Hmmm . Berulang-ulang . Kadang-2 aku tersenyum , kadang-2 aku menangis . Hmmm . Kau tipu . Aku percaya . Hmmm . Terima kasih Aina Farah untuk kek-2 ni . Terima kasih acap , aiman , aina , , farah, kamal , terima Kasih . ini pun cukup bermakna :')

Ni la bebudak yang berjalan je kerjanya . Memasing janji habis berjalan akan study kaw-2 . Okay then . Kita jalan sakan dulu okayyy !
ni lah last exam . Last day dekat kemaman . Masa ni aku tolak ego . Sebak sangat bila dah last sem , bergaduh . Lagi 2 3 hari nak balik pulak tu . Bayangkan , sebab tu aku kata . Hidup 2 tahun dekat Kemaman terlalu banyak mengajar aku erti persahabatan , erti kasih sayang , erti kepercayaan , erti keikhlasan :) Semua aku pelajari kat ini akan aku gunakan dalam hidup aku akan datang . Kenangan tercipta bukan sekadar untuk dikenang , Kadang-2 ianya untuk peringatan . Kadang-2 jugak untuk pengajaran . Pandai-2 lah kau bawak cerita lalu jadikan teladan untuk hidup mendatang .
Last day . Terima kasih semua . Masa ni kena balik sendiri . Angkut bag barang-2 selama 2 tahun tu naik bas . Ni orang kata berdikari agaknya . Hmmm . Malam tu , naik prebet , then sorang-2 kawan datang kat bustation yang aku dah lupa namanya tu . Terima kasih sudi datang . Kalau korang tak datang sumpah aku akan sedih masa tu . Terima kasih sharul , ayap , mus , abengchik , genji , farah , ateng and Acap :) Terima kasih sebab tolong angkatkan beg gedabak aku naik bas even memula tersalah bas . Hahahaha . Sedih masa tu tapi takpe crush pulak datang jenguk . Happy kejap . HAHAHAHAHAHA .
Dan berakhirlah kisah hidup aku dekat Kemaman . Berakhirlah kisah hidup aku dengan kau . Malam tu sampai hentian putra . Takde lagi kau . Yang dulu turun je aku dari bas kau dah terpacak setia tunggu aku even tengah malam pun aku sampai :') Itu semua kenangan . Kenangan yang aku lalui . Kisah cinta . Untuk aku cerita dekat anak-2 nanti . Hahahahaha .

Jumpa si Nia , sejuk hati kita tengok awak nia . :) Malam ni aku akan balik kampung , Tujuan . . . supaya aku boleh teman nenek supaya nenek tak terasa sunyi . Sebab masa ni arwah atok baru meningggal . Sebulan lebih . Takpe baik aku balik kampung . Boleh teman nenek . Boleh aku lupakan kau . . . .

Jumpa acap . Dia ni lah yang buat aku happy masa aku sedih dekat Kemaman . Terima kasih acap . Terima kasih dan maaf . Hati tak boleh dipaksa . Hati aku masih dekat dia masa tu . Maaf . Dan sekarang tengok . Acap dah bahagia . Tahniah acap :)
Balik kampung . Sepanjang dekat kampung tu , nenek banyak bagi nasihat . Terima kasih nenek . Banyak hikmah . Aku doa minta Allah tunjuk jika kau bukan jodoh aku . Ya Allah . Masa tu lepas satu satu kebenaran aku dapat tahu . Terima kasih . Ye . Akhirnya aku nekad . Aku undur diri . Kalau dulu dalam hati 'kalau kau datang balik , aku akan terima kau' Sekarang dalam hati 'kalau kau datang balik , biarlah takdir tentuka segalanya aku tak berharap apa-2 lagi' . Okay tamat kisah tu . Ni sharul . Sepupu . Study sama kat Kemaman . Dia ni pun . Banyak terima kasih jugak kat kau sharul :)

Setelah sebulan lebih berlalu . 12.8.2013 Aku pun start dengan Latihan Industri dekat DJMS . Yang mana sebelum masuk , aku takot . Tapi aku ubah fikiran supaya lebih positif , aku kata aku ingatkan diri sendiri 'Ingat fiqa semua yang jadi pasti bersebab' Alhamdulillah . Banyak hikmah kenapa aku dekat sini . Abang asri , kak shazy , abang azri , mus , en. qahar , en. khaizir . Semua baik-2 . Tak lupa jugak kat Ofis atas , Fahmi , kak lia , kak su , kak dila , kak tila , kak intan , capt , en.rizal , abg arul dan yang lain-2 . Semua baik-2 dan banyak sangat membantu . Banyak ilmu yang aku dapat . Takkan aku sia-2 kan . Aku janji jugak kat diri sendiri . Yang aku kan buat yang terbaik .

Alhamdulillah . Kenangan paling takkan aku lupakan bila aku diberi peluang join company trip ke Australia walhal aku cuma student practical . Terima kasih sangat-2 . Rezeki . Alhamdulillah . Ni pun kira macam pembakar semangat supaya aku kerja lebih rajin n bersungguh-sungguh :) Terus terang , aku bukanlah jenis yang suka membantah . Aku tak reti nak berkira . Kena marah takpe . Itu namanya belajar . Salah takpe , dari kesalahan tu lah kita akan ingat dan takkan ada lagi kesalahan . Fikiran kena positif . Masa ni lah aku nak belajar .Asalkan ada kemahuan . Takde yang mustahil kan . 'WHEN THERE IS A WILL , THERE IS THE WAY '
Ye , dan lagi sekali aku rasa jatuh , bila ibu masuk hospital . Tak sanggup aku kehilangan orang yang mana aku pergi belajar , yang mana aku bersungguh-2sungguh , yang mana aku buat semua untuk dia tinggalkan aku . Ibu ika buat semua untuk ibu . Kalau ibu takde . Ika tak pasti ika boleh bangkit , Sebab semua ni untuk ibu . Itu janji ika . Alhamdulillah . Ibu dah pulih . Syukur Ya Allah .

Then disebabkan kereta ayah guna . Ibu belikan aku baby Rino . Aku tak terfikir pun . Tapi . Ye memang aku boleh je kalau nak tumpang orang . Tapi maaf . Aku serik nak hidup menumpang sana sini lagi . Sebab aku ada kisah tersendiri . Biar aku naik motor dari menumpang . Biar aku kau je yang tahu apa sebabnya .
Malang tak berbau . Kalau berbau taklah aku terluka cenggini kan . Orang kata , akan terkena satu kali , itu bahayanya . Alhamdulillah . Masih aku dipanjangkan nyawa . Terima kasih Ya Allah . Buat sementara . Berhenti naik moto . Trauma barangkali . Baru beli dah kena cenggini . Nasib-2 . Tapi ada hikmahnya . aku lebih berwaspada bila memandu . Lebih menghormati orang lain kat jalan raya . Tak macam dulu . Main redah je .

Suprise untuk Aina :) Hope kau happy . Ada Azhar masa befday kau . Aku pasti itu hadiah paling bermakna kan . Walaupun kita bertiga . Tak pun aku terasa tersisih . Sebaliknya aku tumpang happy tengok engkorang happy taw . Cepatlah kawinnn . Nak jadi pengapit niii . Huhu

Le family . Setelah sekian lama . Dapat jugak kira potret macam ni . Sungguh aku paling happy . Peduli apa aku .
Berakhirlah kisah hidup aku sepanjang 2013 . Terus terang . Tahun yang paling perit untuk dikenang . Terlalu banyak sakitnya . Takpe aku coretkan supaya tiap kali aku baca aku tak lupa diri aku tak lupa pengajaran-2 semua . Tahun yang penuh dengan drama . Tapi takpe . Semua tu aku jadikan teladan .
Kalau tak boleh berlari , aku akan berjalan , kalau tak boleh berjalan , aku akan cuba merangkak , biarlah aku terpaksa berguling sekali pun . Aku tak kisah . Asalkan lepas ni hidup terus kedepan dan bukan kebelakang . Memang orang kata nak berubah bila-2 masa pun boeh . Tapi tak salah jadikan tahun baru sebagai pembangkit semangat untuk berubah kan . Aku akan pastikan aku yang dulu bukanlah yang sekarang . Cewah ayat kemain . Aku akan pastikan , mental , fizikal , lebih kuat dari dulu . Airmata tak murah untuk dibazirkan lagi .
Terima kasih 2013 . Selamat datang 2014 . 2014 tahun yang mana perlu fokuskan kepada kerja memandangkan study dah nak habis . Aku akan berusaha . Ubah nasib family supaya lebih baik . In Shaa Allah . Semoga tahun 2014 penuh dengan senyuman setalah tanginan menyelubungi tahun 2013 . Apapun alhamdulillah . Dengan dugaan tu semua . Result final exam dapat aku kekalkan macam biasa . :)
Sungguh aku tak kisah kalau ada yang kata , aku syok sendiri ke apa , aku luahkan apa yang ada , secara spontan tak sempat aku nak mereka apa cerita pun . Pasal gambar-2 aku dengan dia . Jujur 2011 n 2012 dah aku delete . Cuma tunggu masa terluang untuk delete 2013 punya . Bye Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment